Daftar Pengguna
Anda pasti untuk daftar pengguna? |
Pemberitahuan
Privacy Policy
Our Commitment to Personal Information Protection
Notis Perlindungan Data Peribadi CMSB Custommedia Sdn Bhd ("CMSB") menghormati dan bertanggungjawab melindungi Data Peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan bagaimana CMSB mengumpul dan mengendalikan Data Peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("Akta"). Adalah dimaklumkan bahawa CMSB berhak untuk meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini tanpa memberi notis terlebih dahulu. Sebarang pindaan yang dibuat akan diberitahu samada melalui laman web kami ataupun melalui e-mel. Untuk tujuan Notis ini, istilah-istilah "Data Peribadi", "Data Peribadi Sensitif" dan "Pemprosesan" mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut. Istilah "Data Peribadi" dan "Data Peribadi Sensitif" ini merangkumi Data Peribadi berkaitan anda secara langsung atau tidak langsung dimana anda dikenalpasti atau boleh dikenalpasti melalui Data Peribadi tersebut, diberi oleh anda, atau berada dalam milikan atau kawalan CMSB. 1. Mengumpul dan Memproses Data Peribadi CMSB mengumpul dan memproses Data Peribadi melalu kaedah secara langsung atau tidak langsung melalui wakil undang-undang anda, agen yang dilantik atau dari majikan anda, atau maklumat dari borang pendaftaran dari mana-mana produk kami, atau dari sebarang acara (termasuk acara yang dianjurkan oleh pihak ketiga) melalui pelbagai kaedah termasuk dalam talian dan secara fizikal ditempat awam dan dimana-mana premis kami. Pengumpulan data boleh juga diperolehi melalui kad perniagaan anda yang telah anda serahkan kepada petugas CMSB atau wakil rasmi, atau mana-mana ejen pada bila-bila masa. 2. Penerangan Data Peribadi Data Peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat (dalam apa jua format, elektronik atau kertas) yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dimana anda dikenalpasti atau boleh dikenalpasti melalui Data Peribadi tersebut yang dikumpulkan atau diberikan kepada CMSB sebagaimana yang dinyatakan dalam Perenggan 1 di atas, bagi maksud yang dinyatakan dalam Perenggan 3 di bawah. Data Peribadi anda terdiri daripada nama anda, nombot Kad Pengenalan dan nombor pasport, maklumat perhubungan seperti alamat rumah, pekerjaan dan jawatan, rakaman CCTV, rekod keselamatan and atau cap jari, maklumat pekerjaan dan juga maklumat kewangan seperti kad kredit atau maklumat akaun bank serta maklumat perubatan. 3. Tujuan mengumpul dan memproses (termasuk pendedahan) Data Peribadi anda (a) Pelanggan dan calon pelanggan Maklumat peribadi anda dikumpul dan selanjutnya diproses oleh CMSB atau ejen yang dilantik sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang untuk memberi memenuhi permintaan transaksi samada berunsur komersial atau bukan komersial, termasuk perkara-perkara berikut:
(selepas ini dirujuk sebagai "Tujuan-tujuan") (b) Vendor, pembekal atau pembekal perkhidmatan CMSB mengumpul Data Peribadi secara langsung dari anda atau tidak langsung daripada majikan anda sebagai wakil rasmi bagi pembekal barangan dan perkhidmatan yang termasuk didalam senarai pembekal CMSB. (c) Akses kepada Data Peribadi Kesemua Data Peribadi yang digunakan semata-mata untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Perenggan 3 dan hanya boleh diakses oleh kakitangan CMSB yang dibenarkan. (d) Langkah-langkah Keselamatan Data Peribadi CMSB akan memastikan apa-apa Data Peribadi yang diberikan kepada kami disimpan dengan baik dan terjamin dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi dari sebarang kehilangan, salah guna, ubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau pendedahan secara tidak sengaja atau pengubahan atau pemusnahan . (e) Penyimpanan Data Peribadi CMSB tidak akan menyimpan Data Peribadi lebih lama daripada yang diperlu bagi memenuhi Tujuan-tujuan dimana ia adalah untuk diproses kecuali penyimpanan itu perlu bagi kita untuk melaksanakan apa-apa fungsi kawal selia, di bawah mana-mana undang-undang atau yang berhubung-kait dengan sebarang perintah atau penghakiman mahkamah.
4. Persetujuan Di mana anda telah bersetuju untuk menerima sebarang maklumat pemasaran atau promosi terkini dari CMSB, anda boleh memilih untuk menarik diri dari menerima sebarang maklumat sempamanya pada bila-bila masa Anda juga boleh membuat pilihan untuk menamatkan khidmat ini secara eletronik dengan menekan pautan hyper "unsubscribe" atau berhubung terus dengan CMSB seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 10 di bawah. 5. Penyebaran Maklumat Peribadi Untuk Tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 3 di atas, kami mungkin akan menyebarkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak tersebut (sama ada terletak dalam atau luar Malaysia):
Kami juga mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik, jika tindakan tersebut diperlukan untuk:
6. Hak mengakses dan mengemaskini Data Peribadi Anda berhak untuk mengakses dan mengemaskini Data Peribadi anda yang berada dalam simpanan CMSB. Kami akan berusaha bagi memastikan Data Peribadi anda sentiasa tepat dan terkini. Oleh itu jika terdapat sebarang perubahan kepada maklumat anda, sila maklumkan secara terus kepada CMSB. Anda boleh menyemak atau mengemaskini apa-apa Data Peribadi didalam direkodkan oleh CMSB dengan menghantar permintaan anda nelalau emel PDPA@custommedia.my 7. Lokasi Penyimpanan dan Penyenggelaraan Data Kami menyimpan dan menyenggara Data Peribadi anda dalam pengkalan-pengkalan data yang terletak di Malaysia atau dengan pihak ketiga selaku pembekal perkhidmatan. CMSB juga akan memastikan pihak ketiga yang terlibat turut menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dengan selamat. 8. Kegagalan Pemberian Data Peribadi Anda tidak terikat mahupun diwajibkan untuk memberikan mana-mana Data Peribadi anda kepada kami. Walaubagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa sekiranya anda tidak membekalkan Data Peribadi anda kepada kami seperti yang diminta, kami mungkin tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mencapai Tujuan-tujuan di atas. 9. Percanggahan Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Notis Perlindungan Data Peribadi versi Bahasa Melayu dengan dengan versi Bahasa Inggerisnya, terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai. 10. Maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan cara untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda atau untuk lain-lain pertanyaan atau mengajukan sebarang aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda, sila hubungi kami melalui:
(c) Alamat surat menyurat: (d) E-mail: PDPA@custommedia.my Pegawai Perlindungan Data Peribadi CMSB: Ketua Pegawai Operasi
|