Projek ini bertujuan membina surau baru bagi memenuhi keperluan komuniti Islam setempat yang dianggarkan seramai 1400 buah rumah penduduk muslim. Anggaran kos pembinaan adalah RM800,000 dengan tempoh pelaksanaan 6-9 bulan selepas kelulusan dan dana mencukupi. Kedudukan surau adalah berdekatan tapak pasar malam dan berhadapan deretan kedai. Pihak Majlis Agama Islam Negeri telah menasihatkan untuk buat permohonan surau solat jumaat selepas surau siap dibina