Penduduk setempat tidak mempunyai sebuah bangunan khusus untuk dijadikan surau dan terpaksa menjadikan bangunan KRT sebagai surau sementara. Pihak surau sedang berusaha mendapatkan dana bagi membina sebuah surau baharu di atas tanah wakaf yang terletak dalam Taman Astana Permai.