Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🕌 Surau Al-Muhajirin Saujana Utama 3 sedang melaksanakan Projek Menaik Taraf Mihrab, Mimbar & Karpet dengan anggaran kos keseluruhan RM130,000. 🕌 RM80,000 — Mihrab & Mimbar 🕌 RM50,000 — Karpet 🌿 Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim, no. 1631) ❤️ Bayangkan… setiap kali solat didirikan, dahi menyentuh karpet, ayat al-Quran dibaca, zikir dilafazkan dan ilmu disampaikan di surau ini, mudah-mudahan setiap amalan tersebut menjadi saham akhirat buat mereka yang turut menyumbang. ✨ Berinfaqlah dan berwaqaflah semampu dan seikhlas hati kita.