Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan/Puan yang dihormati, Penduduk Muslim di Taman Bukit Tambun Perdana (Scientex 1) sedang berusaha merealisasikan pembinaan Surau Al Hikmah bagi kemudahan ibadah dan aktiviti keagamaan masyarakat setempat. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM1 juta, bagi pembinaan fasa pertama adalah RM200,000 yang perlu dicukupkan sebelum Januari 2027. Kami dengan rendah hati mengajak Tuan/Puan untuk bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan. Tiada sumbangan yang terlalu kecil di sisi Allah jika dilakukan dengan ikhlas. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya sehingga hari kiamat. Jazakumullahu khairan atas sokongan dan doa semua.