Ruang solat sedia ada di Masjid Tepian Putra tidak dapat menampung jumlah jemaah yang hadir sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Masjid juga mengalami beberapa kerosakan dan keretakan yang boleh mengundang bahaya kepada jemaah. Oleh itu, pihak masjid berhasrat membuat pembesaran masjid bagi mengatasi masalah ini.