Masjid Ar-Rahmah, Lunas merupakan projek pembangunan sebuah pusat ibadah dan komuniti baharu bagi Kariah Lunas. Pada peringkat awal perancangannya, masjid ini dikenali sebagai Masjid Kariah Lunas, dan usaha pembinaannya mula dirangka pada tahun 2017 sebagai langkah penting untuk menyediakan kemudahan ibadah yang lebih tersusun dan selesa kepada masyarakat setempat. - Projek pembangunan ini melibatkan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM14 juta, merangkumi pembinaan beberapa komponen utama iaitu: 1. Satu unit bangunan masjid lengkap dengan ruang solat dan bangunan sokongan setinggi 1½ tingkat. 2. Satu unit dewan serbaguna beserta kelas KAFA untuk kegiatan pendidikan dan program komuniti. 3. Empat unit kedai/pejabat 2 tingkat yang bakal menyokong aktiviti ekonomi dan pengurusan masjid. 4. Kemudahan-kemudahan berkaitan seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki, dan infrastruktur sokongan yang lain. - Pembinaan Masjid Ar-Rahmah, Lunas dijangka memberikan manfaat besar kepada lebih 30,000 penduduk Islam dalam Kariah Lunas yang pada masa ini tidak mempunyai masjid dan pusat Islam sendiri. Kemudahan baharu ini akan berfungsi sebagai pusat ibadah, pendidikan, kegiatan masyarakat serta pembangunan syiar Islam di kawasan tersebut. - Masjid ini direka bentuk untuk menampung sehingga 3,600 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus mampu menampung keperluan komuniti yang semakin berkembang.