Kempen ini bertujuan mengumpul dana untuk membina Masjid Jamek baharu di DUN Kuala Linggi kerana masjid sedia ada, Masjid As-Sakinah Kampung Baru, tidak lagi mampu menampung jemaah yang semakin bertambah dan mempunyai kekangan ruang parkir. Dana akan digunakan untuk enam komponen pembinaan termasuk peluasan ruang solat, dewan serbaguna, tempat wuduk, pejabat pentadbiran, kelas pengajian dan kawasan letak kereta.