Masjid Kariah Amanjaya Anggerik kini dalam proses pengumpulan dana bagi pembinaan dengan kos keseluruhan sebanyak RM8 juta. Sehingga kini, dana terkumpul hanyalah RM1.960 juta. Kami amat memerlukan sokongan dan sumbangan tuan/puan bagi menyiapkan rumah Allah ini yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat. Kenapa Masjid Ini Sangat Diperlukan? 📍 Lokasi Strategik Terletak di Mukim Amanjaya Anggerik, mudah diakses oleh penduduk dan pekerja dari kawasan industri Taman Ria Jaya. 👥 Penduduk Semakin Bertambah Menampung keperluan lebih 1,500 jemaah dari kawasan: 🏡Anggerik 1–9 🏡Darul Aman Perdana 🏡Spice Village & Spice Village (Kemboja) 🏡Park Home Resort 🏡Bukit Banyan 🕌 Solat Jumaat & Aktiviti Ilmu Solat Jumaat telah diluluskan oleh Pejabat Agama Islam Kedah pada Oktober 2017. Kini dijalankan di Surau Al-Muhajirin yang hanya mampu menampung 600 jemaah. Penambahan ruang luar hanya mampu menambah kapasiti kepada 1,000 jemaah. Surau sedia ada tidak lagi dapat menampung kehadiran jemaah yang semakin meningkat. Semua aktiviti ilmu dan program keagamaan juga dijalankan di surau ini, yang sudah tidak memadai.