🕌LEBIH 1,000 PENDUDUK ISLAM. TAPI MASIH BELUM ADA SURAU SENDIRI. Inilah realiti yang dihadapi penduduk Taman Pulai Mutiara 2, Johor Bahru. Untuk menunaikan solat berjemaah, mereka perlu menuju ke surau lain yang terletak sekitar 2KM dari kawasan kediaman. Bayangkan cabaran yang dihadapi warga emas, anak-anak kecil dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan. Sedangkan sebuah surau di kawasan sendiri boleh menjadi tempat penduduk bersolat, anak-anak belajar al-Quran dan masyarakat berkumpul mengimarahkan rumah Allah. 🤲 Hari ini, kita berpeluang membantu merealisasikannya. Dana pembinaan sebanyak RM1.4 juta sedang diusahakan bagi membina Surau Taman Pulai Mutiara 2. Tidak kira besar atau kecil, setiap sumbangan membantu mendekatkan impian ini kepada kenyataan. 💚 Jom sama-sama bantu bina surau untuk mereka.