Persatuan Penduduk Presint 10 (PETRA) melalui Jawatankuasa Pembangunan Surau Presint 10 sedang menggerakkan usaha untuk membina surau di Presint 10 kerana penduduk yang kini melebihi 2,000 orang masih tidak mempunyai surau kariah sendiri dan perlu menumpang di surau berhampiran. Dana diperlukan untuk pembangunan surau baru di atas tapak yang telah dikenal pasti.