Dana ini dikumpul untuk membina Surau An-Na'im di Presint 12, Putrajaya bagi memenuhi keperluan penduduk Islam di kawasan tersebut. Surau yang dirancang akan menempatkan dewan solat berkapasiti 1,000 orang, bilik pengurusan jenazah, ruang wuduk, tandas, bilik mesyuarat serta kemudahan lain seperti ruang kelas mengaji dan tempat letak kereta.