Penduduk Islam di sekitar Bandar Mutiara, SP Heights hingga Yarra Park perlu bergerak sejauh 5 km ke masjid kariah berhampiran untuk solat Jumaat kerana Surau Al-Banna tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah bagi solat, kuliah dan aktiviti keagamaan. Sumbangan diperlukan untuk membiayai pembinaan Masjid Kariah Bandar Mutiara di atas tapak bergeran seluas 10,117 meter persegi milik MAIK, sebagai pusat ibadah, ilmu dan penyatuan komuniti.