Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kekangan ruang di surau sedia ada, pembinaan sebuah masjid amat diperlukan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran ibadah jemaah, terutamanya pada waktu solat berjemaah dan program keagamaan. Pembangunan masjid ini akan dilaksanakan secara berfasa untuk memanfaatkan penduduk Kampung Melayu FRIM, Taman Intan Baiduri dan Taman Kepong Indah.