Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat Seremban sedang mengumpulkan dana bagi pembelian sebuah Van Jenazah untuk kegunaan pengurusan jenazah penduduk kariah. Sasaran kutipan adalah sebanyak RM163,000 dan sehingga kini sebanyak RM85,972 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai. Baki dana yang masih diperlukan akan digunakan bagi pembelian van, pengubahsuaian mengikut spesifikasi Van Jenazah, pendaftaran, insurans serta kos berkaitan. Sebarang lebihan dana akan dimanfaatkan bagi penyelenggaraan dan operasi Van Jenazah demi manfaat berterusan kepada masyarakat.