Sebelum Disolatkan Dihadapan Rebutlah peluang carilah jalan berbuat amal jariah. Amal jariah manfaatnya berterusan dinikmati oleh orang ramai walaupun selepas kita telah meninggal dunia. Pahalanya terus mengalir. Masjid Annur kini dalam usaha membina sebuah dewan untuk dimanfaatkan warga komuniti setempat. Tidak akan sia-sia jika melaburkan wang untuk membantu membina dewan di masjid ini. Setiap sen yang dilaburkan hari ini bakal menjadi saksi dan benteng kita di alam sana nanti. Bayangkan, setiap kali dewan ini digunakan untuk majlis ilmu, perhimpunan masyarakat, anak-anak belajar mengaji, pahala kebaikan itu terus menerus mengalir rapat ke akaun akhirat kita, tanpa henti. Jangan tunggu esok, kerana kita tidak pernah tahu solat mana yang menjadi solat terakhir kita. Sementara nafas masih dikandung badan, sementara rezeki masih ada di tangan, jadikan harta kita ini pemudah jalan di sana kelak. Bantu kami menjayakan pembinaan Dewan Masjid Annur. Sumbangan anda, sekecil mana pun, amat bermakna untuk keselesaan komuniti dan bekalan abadi kita bersama.