Masjid Al-Islahiah yang berusia lebih 100 tahun kini memasuki fasa pembinaan kali ketiga kerana kapasiti sedia ada hanya mampu menampung 800 jemaah dan kedudukan fizikalnya yang rendah menyebabkan ruang solat sering dilimpahi air apabila hujan lebat. Pembinaan masjid baharu dua tingkat ini bertujuan menampung lebih 1,600 jemaah serta dilengkapi dewan solat utama, dewan serbaguna, bilik mesyuarat dan kuliah, bilik audio visual, bilik wuduk dan bilik pengurusan jenazah.