Masjid Baharu Al-Ghufraniah, Kampung Titi Gantung merupakan sebuah projek pembangunan yang amat dinantikan oleh seluruh masyarakat setempat. Pembinaan masjid ini bukan sahaja bertujuan menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa, malah menjadi pusat penyatuan ummah serta tempat pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.